Assalamualaikum w.b.t Salam Mahasiswa untuk semua.
Pada entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang perasaan sayang dan takut manusia terhadap kucing iaitu Ailurophilia dan Ailurophobia.
Ailurophilia
Pasti dalam kalangan rakan-rakan kita terdapat rakan yang sangat menyayangi kucing yang sanggup membela atau memberi makanan kepada kucing-kucing yang tidak bertuan. Tetapi lain halnya dengan manusia yang terlampau sayang kepada kucingnya. Insan seperti ini diberi gelaran sains Ailurophilia, iaitu insan yang mempunyai rasa kasih sayang berlebihan terhadap kucing.
Penghidap Ailurophilia mempunyai rasa kasih sayang yang terlampau pada kucingnya walaupun kucingnya telah tidak bernyawa lagi. Terdapat kes yang berlaku di California di mana sepasang suami isteri menyimpan 394 bangkai kucing di dalam freezer akibat terlalu kasih dengan kucing-kucing jalanan yang mereka bela.
Ailurophobia
Ailurophobia adalah salah satu jenis gangguan spesifik fobia yang ditentukan dengan timbulnya ketakutan tidak rasional ( irrational thinking ) terhadap kucing. Seseorang yang takut atau fobia terhadap kucing mungkin terjadi kerana pengalaman masa lampau atau sememangnya ianya berlaku semula jadi atas kurangnya pendedahan terhadap haiwan comel tersebut.
Tetapi sekiranya anda perasan, kucing lebih tertarik dengan
manusia yang menunjukkan tanda-tanda takut terhadap mereka. Ini kerana orang
yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk
digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa
tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.
Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia
kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih
tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya. Adakalanya
tindakan si kucing ini telah menyebabkan sesetengah manusia menjerit ketakutan.
Kesimpulannya tidak semua manusia mampu menerima kucing sebagai haiwan peliharaan yang comel kerana terdapat juga manusia yang merasakan kucing ancaman keselamatan terhadap mereka. Tetapi ingat bahawa kucing juga makhluk Allah yang bernyawa, walau kita takut atau benci terhadap kucing, janganlah kita menyeksa dan mendera mereka sebaliknya lindungilah mereka. Contohilah Abu Hurairah yang cintakan kucing sehingga digelar Bapa Kucing oleh Rasulullah S.A.W.
good info. nice blog :)
ReplyDelete