Assalamualaikum w.b.t. Salam Mahasiswa untuk semua.
Mahasiswa yang dihormati sekalian sudahkah anda mendaftar mengundi terutamanya mahasiswa yang sudah berusia 21 tahun? Pilihanraya ke-13 sudah semakin hampir dan bahangnya kian dirasai oleh kita semua kerana tarikh pilihanraya telah ditentukan iaitu pada 5 Mei 2013. Sebagai Mahasiswa yang mempunyai intelektual tinggi kita haruslah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi kerana ianya hak anda sebagai warganegara Malaysia.
Mahasiswa pasti tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mendaftar. Bagi memudahkan kita semua, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mewujudkan kemudahan memuat turun Borang Pendaftaran Pemilih atau Borang A secara online menerusi laman web www.spr.gov.my.
Bagaimana hendak mendaftar sebagai Pemilih?
- Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
- Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
- Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda
Siapa yang layak menjadi Pemilih / Pengundi?
- Warganegara Malaysia;
- Sudah mencapai umur 21 tahun;
- Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
- Tidak hilang kelayakan.
Tatacara Pengisian dan Penghantaran Borang A
- Sila pilih jenis Borang A samada Parti Politik atau Wakil Jabatan atau Individu;
- Daftar mengikut alamat terkini di JPN;
- Pastikan Borang A diisi dengan betul;
- Hantar sendiri permohonan ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau Penolong Pendaftar SPR;
- Sila kepilkan salinan MyKad semasa menghantar Borang Permohonan;
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda.
Diharap perkongsian ini dapat membantu Mahasiswa sekalian untuk menjadi pengundi pada PRU-13 akan datang. Ingat undi anda mampu membawa kesan besar pada negara. Usahlah kita hanya bercakap belakang tanpa bertindak kerana kita haruslah menggunakan kuasa kita sebagai Mahasiswa untuk menentukan pentadbiran negara.
No comments:
Post a Comment